Monday, 29 September 2014

Pejabat Pertanian Kemasik,Kemaman

Pada hari Khamis, 25 September 2014  pasukan Master Mind's telah pergi ke Perjabat Pertanian Kemasik, Kemaman, untuk mendapatkan sedikit penerangan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk  membuat IMO. 


Ahli Master Mind's begitu bersemangat mendengar penerangan daripada pihak Jabatan Pertanian Kemasik,



Jutaan Terima Kasih kami ucapkan kepada Pegawai Jabatan Pertanian Kemasik yang sudi meluangkan masa bersama kami. 

Thursday, 18 September 2014

Kata-Kata Semangat daripada pengetua sekolah

Pada 14 September,kami ke sekolah untuk membincangkan projek yang perlu diuruskan.
Pengetua sekolah,Encik Md.Nazeri bin Hassan memberikan kata-kata semangat kepada kami.




taklimat daripada pihak petronas

Gambar kami,tekan sini
Pada 11 September yang lalu,kami peserta Petronas All About Youth telah diberi taklimat oleh pihak petronas tentang projek yang perlu kami laksanakan.
Pada paginya,kami diberi taklimat yang begitu semangat oleh pihak petronas. Kemudian,kami diminta membuat proposal untuk dibentangkan pada sebelah petangnya.

Para pembentang membentangkan proposal dengan baik sekali.
Tahniah diucapkan kepada Haziq,Shuhada,Alia dan Syahmi.



Kami difahamkan projek ini akan diberikan RM2000 bagi setiap sekolah yang menyertai projek tersebut.
  Selepas 6 minggu,20 sekolah di daerah Kemaman dan Dungun akan dipilih.Sebanyak 2 buah sekolah sahaja yang terpilih untuk bertanding di peringkat kebangsaan.
2 buah sekolah dari Terengganu.
2 buah sekolah dari Sabah.
2 buah sekolah dari Sarawak.

Pertandingan peringkat kebangsaan akan diadakan di Kuala Lumpur,
Doakan kami semua agar projek kami terpilih untuk ke peringkat kebangsaan.
Hadiah tempat pertama:-RM50,000 untuk sekolah dan RM1000 untuk setiap pelajar yang menang.