Friday, 7 November 2014

Kempen di Pasar Tani

Klik gambar kami

Pada pagi Jumaat,24 Oktober 2014,kami telah berkempen di Pasar Tani Chukai,Kemaman tentang baja IMO.Kami amat beruntung pada waktu itu kerana Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,En.Zakaria b.Hussin turut serta dalam kempen kami.Beliau juga sedikit sebanyak telah memberi nasihat dan dorongan kepada kami agar meneruskan projek ini.

Tuesday, 21 October 2014

Cara membuat IMO



Apa itu IMO?
IMO ialah satu kaedah pengeluaran yang menggunakan sumber semulajadi.

FERMENTED PLANT JUICE(FPJ)  

Bahan yang digunakan:
-Tumbuhan hijau/sayur-sayuran kangkung,batang pisang muda,pegaga,selom,jantung.
-Gula merah.
-Kertas putih.
-Tali.
-Bekas seramik/plastik.

Cara membuatnya:
-Potong kangkung(5-10sm)gaulkan kangkung dengan gula merah dengan kadar 1:1(kg dan masukkan ke dalam bekas(2/3 bahagian bekas).
-Tutupkan dengan kertas dan ikat dengan tali.
-Simpan di tempat redup selama 2minggu.
-Tapis dan disimpan di dalam bekas.


FISH AMINO ACID(FAA)

Bahan yang digunakan:
-Ikan selayang,ikan kembung,ikan merah dan organ dalaman ikan.
-Gula merah/molases.
-Bekas.
-Kertas.

Cara membuatnya:
-1kg + 1liter gula merah.
-Masukkan dalam bekas.
-Tutup dengan ketat menggunakan tali.
-Simpan di tempat redup 30-40 hari.
-Tapis dan simpan(jangan tutup rapat).


FERMENTED FRUIT JUICE

Bahan yang digunakan:
-Buah-buahan yang masak dan manis seperti rambutan,mangga,pisang,dokong,betik.
-Gula merah.
-Kertas putih.
-Tali.
-Plastik.

Cara membuatnya:
-Potong buah-buahan,gaulkan dengan gula merah(1:1)dan masukkan dalam bekas(2/3 bahagian bekas).
-Tutupkan dengan kertas dan ikat dengan tali.
-Simpan di tempat redup selama 2minggu dan tapis.
-Cecair ini disimpan di dalam bekas sehingga 2/3 penuh dan jangan tutup ketat.


ORIENTAL HERBAL NUTRIENT(OHN)

Bahan yang digunakan:
-bawang/halia.
-(Kekuatan tanaman dari serangan dan ubat penyakit kulat/lalat putih/trip/hama).
-Gula merah/molases.
-Kertas.
-Gelang getah.

Cara membuatnya:
-Masukkan halia/bawang putih yang dihiris(1/2kg).
-Masukkan molases/gula merah(1/2kg).
-Tutup dengan ketat dan ikat.
-Simpan di tempat redup.


CALCIUM PHOSPHATE

Cara membuatnya:
-Tulang/kulit telur dibakar.
-Campurkan tulang/kulit telur dengan kadar 1:10 kg.
-Tutup dengan kertas dan ikat.
-Simpan selama 30 hari dan tapis.
-Pencairan 1:1000 atau 1:700.
-Bergantung kepada umur pokok.

Kami di ADTEC,Kemaman,Terengganu



Gambar kami,tekan sini

Pada hari Sabtu,18 Oktober,sekolah kami telah mengadakan graduasi bagi Tingkatan 5 & 6 di ADTEC.Kami berkesempatan untuk mempromosikan baja IMO di sana dan mengedarkan borang soal selidik tentang baja IMO kepada para guru,ibu bapa dan pelajar sebelum bermulanya majlis graduasi.Kerjasama daripada pihak guru,ibu bapa dan pelajar amat memberangsangkan.Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Master Minds bersama pelajar Sekolah Rendah Kemasik


Gambar Sk Kemasik,tekan sini

Pada hari Rabu,15 Oktober 2014 ahli Master Minds bersama buddy iaitu Kak Hajar membuat satu program tentang projek kami di Sekolah Rendah Kemasik. Pelajar yang mengikuti projek ini ialah pelajar tahun 6. Program kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak Sekolah Rendah Kemasik. Pengalaman yang amat berharga buat kami semua.


Pelajar-pelajar juga seronok belajar bersama kami. Aktiviti-aktiviti sebegini mendatangkan impak yang besar kepada masyarakat. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada adik-adik Sek. Rendah Kemasik kerana telah berjaya membuat baja sendiri dan sudi meluangkan masa bersama kami.


Penapisan IMO



Gambar kami,tekan sini

Pada Hari Selasa,14 Oktober 2014 ahli Master Minds telah menapis yang dibuat selama 2minggu. Kami membuat 5 baja dan 2 daripada itu hanya memakan masa selama 2 minggu untuk diperam. Lagi 3 memakan masa selama 1 bulan. Pada hari penapisan itu,pengetua sekolah kami iaitu Encik Md.Nazeri Bin Hassan turut bersama kami.
Cara menapisnya,kita perlukan 1 bekas,1 penapis,kain kasel/kertas kasel/kain lampin.
Letak kain atas penapis dan dibawahnya bekas kosong,tuang baja dan perah sampai habis patinya.
Lebihan bahan itu bolehlah diletakkan di tanah,lebihan bahan ini juga boleh dijadikan baja.




Friday, 17 October 2014

Booth di Pantai Teluk Kalong


Pada hari Sabtu,11 Oktober 2014 ahli Master Minds telah membuka 1 booth di Sukan Hari Keluarga Dun Kijal di Pantai Teluk Kalong. Booth kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti. Kami menerangkan apa itu baja IMO yang sedang kami jalankan.

Gambar kami,tekan sini

Dan yang lebih menggembirakan kami,booth kami didatangi Menteri Komunikasi dan Multinedia iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau memberikan galakan dan kata-kata semangat yang menyebabkan kami lebih bersemangat meneruskan projek kami.

Terima kasih kami ucapkan kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek atas kunjungan. Tidak lupa juga,booth kami keluar dalam Berita di Astro Awani.
Tahniah ahli Master Minds kerana dapat menjalankan projek dengan baik.




Thursday, 9 October 2014

Penerangan tentang projek kepada para pelajar dan soal selidik untuk beberapa orang pelajar


 
Hari Rabu,1 Oktober 2014,4 orang ahli Master Minds telah menerangkan tentang projek IMO yang kami jalankan.
 
Selepas penerangan yang diberikan,kami mengedarkan kertas soal selidik kepada pelajar yang terlibat. Kertas soal selidik ini diedarkan untuk mengetahui tahap pengetahuan para pelajar tentang IMO.